| Pengenalan |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 13 January 2010 02:27 |
Sistem Maklumat Eksekutif Majlis Bandaraya IpohSistem ini adalah satu kemudahan yang sangat penting untuk pihak pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh. Segala maklumat dan informasi dapat disampaikan dengan mudah dengan adanya sistem ini. Ini adalah kerana maklumat yang disampaikan dalam bentuk diagram, rajah ataupun peta lebih efektif berbanding teks semata-mata. Sistem GIS Majlis Bandaraya IpohKami berharap laman ini akan membantu anda dan memberikan pengetahuan mengenai kawasan yang diuruskan oleh pihak Majlis. Apa itu Sistem GIS?Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan sistem maklumat yang berkeupayaan untuk memasukkan, mengurus, mengolah, menganalisis dan sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan yang berkaitan dengan geografi atau ruangan secara lengkap. Kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat dengan menggabungkan antara pengkalan data berbentuk reruang spatial dengan pangkalan data teks/atribut. Klik gambarajah di bawah untuk mengakses Sistem GIS Majlis Bandaraya Ipoh.
MBI GIS v2.5 Sila Gunakan Internet Explorer Ataupun Mozilla Firefox |
| Last Updated on Wednesday, 18 August 2010 12:58 |